Admin
LIM Guan Eng (dua dari kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM15,000 kepada Nicol David pada Majlis Penyerahan Wang Insentif Penghargaan di Komtar di sini baru-baru ini.
LIM Guan Eng (dua dari kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM15,000 kepada Nicol David pada Majlis Penyerahan Wang Insentif Penghargaan di Komtar di sini baru-baru ini.

GEORGE TOWN – Kejayaan mengharumkan nama negara dalam Sukan Asia tahun lalu oleh dua atlet wanita skuash negeri, Datuk Nicol David dan Low Wee Wern telah diraikan oleh Kerajaan Negeri dalam sebuah majlis penyerahan wang insentif penghargaan di KOMTAR pada 23 Mac lalu.

Majlis penyerahan wang insentif yang telah berlangsung pada bulan Disember tahun lalu, tidak dapat dihadiri oleh kedua-dua jaguh ini kerana masih terlibat dalam perlawanan di luar negara.

Nicol membawa pulang cek berjumlah RM15,000 manakala Wee Wern menerima cek sebanyak RM9,000 sumbangan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Pemberian wang insentif ini adalah bersempena kejayaan Nicol merangkul dua pingat emas dalam kedua-dua acara skuash kategori individu di Guangzhou.

LOW Wee Wern (dua dari kiri) menerima replika cek daripada Lim Guan Eng baru-baru ini.
LOW Wee Wern (Kiri sekali) menerima replika cek daripada Lim Guan Eng baru-baru ini.

Selain dua pingat emas dalam acara individu, Malaysia juga turut berjaya menambah pingat emas dalam acara skuash kategori berkumpulan dan pingat gangsa kategori individu melalui seorang lagi wirawati skuash negeri, Wee Wern.

Kejayaan dua Ratu Skuash ini bukan sahaja menjadi kebanggaan negara malah Kerajaan Negeri memandangkan kedua-dua mereka ini berasal dari Pulau Pinang.

Upacara penyerahan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng. Dalam pada itu, majlis tersebut tambah makna apabila ianya turut disaksikan oleh ibu Nicol, Desmond David.

Kedua-dua atlet berkenaan turut mengambil kesempatan menyatakan ucapan terima kasih serta terharu di atas pengiktirafan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri terhadap kejayaan mereka dalam Sukan Asia November tahun lalu.