385 atlet negeri pikul amanat bawa pulang pingat SUKMA XVIII

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMMAD

GEORGE TOWN – Seramai 385 atlet bakal menggalas tanggungjawab membawa pulang pingat untuk negeri Pulau Pinang pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XVIII yang akan diadakan di Sarawak, 22 hingga 31 Julai ini.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon yang ditemui pada kunjungan hormat delegasi Kerajaan Negeri Sarawak baru-baru ini berkata, kontijen Pulau Pinang kini bersiap siaga bagi menyahut cabaran dan berentap pada kejohanan acara sukan terbesar dan berprestij di negara ini, SUKMA.

“Saya percaya para atlet Pulau Pinang telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran pada SUKMA kali ini,” katanya yang juga merupakan Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat di sini baru-baru ini.

Turut sama, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Frederick Tan Teck Aun.

Manakala bagi pihak delegasi, Menteri Belia dan Sukan dan Perpaduan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong mengetuai delegasi 10 ahli berkaitan.

Menurut Michael, Kerajaan Negeri Sarawak mengalu-alukan kedatangan semua kontinjen termasuk dari Pulau Pinang untuk berkampung di ‘Bumi Kenyalang’ tersebut sepanjang berlangsungnya temasya.

Seramai 4,546 atlet dan 1,248 pegawai dari seluruh negara termasuk Brunei Darussalam akan berentap dalam 24 kategori sukan yang bakal dipertandingkan.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);