4 projek tebatan banjir di SPT dalam tempoh 5 tahun – Exco

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

MACHANG BUBOK – Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang memajukan projek tebatan banjir yang membabitkan belanja kira-kira RM14 juta di sini dijangka siap pada awal tahun depan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, projek pemajuan tersebut diharap dapat mengurangkan risiko banjir untuk penduduk serta pengguna jalan raya setempat, khususnya
di Taman Usaha dekat Machang Bubuk dan Permatang Tinggi dekat Bukit Mertajam.

“Projek ini dijadualkan siap pada suku pertama tahun depan.

“Kami berharap projek ini, yang telah pun bermula, akan meningkatkan aliran air dan mengurangkan banjir di kawasan yang terlibat,” katanya yang juga ADUN Padang Kota kepada wartawan, semasa melawat tapak pemajuan di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, Mohammad Anuar Abdul Nasir (jurutera JPS) dan Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) serta Ho Leng Hong (Ahli Majlis MPSP) turut menyertai lawatan tapak tersebut.

Menurut Kon Yeow, pemajuan tersebut terdiri oleh penarafan rumah pam sedia ada di Permatang Tinggi yang menelan belanja RM6.7 juta dan pembinaan saluran pintasan (bypass channel) sepanjang 4.8 kilometer dari Taman Impian di sini ke longkang utama sedia ada, yang menelan kos RM8 juta.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan memajukan empat lagi projek serupa di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dalam tempoh lima tahun ini.

“Dengan bajet kira-kira RM53.5 juta, projek itu dari Kampung Tanah Liat ke Taman Guru (RM11.5 juta), Padang Lalang ke Kampung Permatang Rawa (RM11 juta), Bukit Tengah ke Taman Desa Daman dan Jalan Medan Tembikai (RM19 juta) dan Taman Mangga ke Jalan Juru (RM12 juta).

“Kerja-kerja adalah termasuk meluaskan parit, memperbaiki sistem aliran air dan menaiktaraf pam air,” jelasnya.

} else {