ADUN harap bunga ‘sakura Jepun’ indahkan Taman Cantik

BATU LANCANG – Keindahan bunga sakura yang terdapat di negara Jepun dan terkenal dalam filem Cherry Blossom mungkin boleh dinikmati oleh pengunjung tempatan, jika 85 batang anak pokok tecoma atau nama saintifiknya Tabebula Pentaphylla yang ditanam sekitar Taman Cantik di sini tumbuh segar kelak.

Mengulas lanjut, Exco Pembangunan Pelancongan, Law Heng Kiang berkata, pihaknya percaya sektor pelancongan bukan sahaja mempunyai prospek yang cerah di Pulau Pinang, malah, mampu menjadi salah satu enjin penggerak pada perkembangan ekonomi negeri.

“Pokok ini sering digunakan untuk menghiasi tepi jalan raya dan dikenali sebagai cherry blossom atau sakura Jepun.

“Pokok ini juga sesuai dengan iklim di sini dan boleh berkembang subur semasa musim lembap dan kering,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang pada Program Pengindahan dan Penanaman 85 Anak Pokok Tecoma Di Taman Cantik di sini baru-baru ini.

Turut serta, tiga Ahli Majis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Grace Teoh Koon Gee, Ong Ah Teong dan Eric Lim Seng Kiat.

Bersempena majlis berkaitan, Heng Kiang turut merakamkan penghargaan kepada MBPP kerana menganjurkan program penanaman pokok tersebut demi merealisasikan kempen Kerajaan Negeri, iaitu Pulau Pinang Bersih, Hijau, Selamat dan Sihat