ADUN harap projek lebar Jalan Sungai Bakap siap Okt.

Gambar : ADUN

JAWI – Kelewatan projek pelebaran serta menaiktaraf persimpangan dan pemasangan lampu di beberapa laluan berlubang sekitar Jalan Sungai Bakap adalah berpunca daripada proses pengambilan tanah serta masalah teknikal yang memerlukan penelitian semula pelan asal projek membabitkan beberapa pihak berkaitan di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) perlu meneliti semula pelan asal projek pelebaran jalan di sini ekoran beberapa masalah yang timbul.

“Justeru, saya harap orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Sungai Bakap supaya bersabar, berhati-hati serta mematuhi arahan papan tanda dari masa ke masa.

“Malah, sebagai tambahan, pihak kontraktor juga telah diminta untuk memasang jalur pantul cahaya di kawasankawasan kurang pencahayaan bagi kemudahan pemanduan pada waktu malam,” katanya ketika mengadakan tinjauan ke Jalan Sungai Bakap di sini baru-baru ini.

Turut sama, Jurutera JKR Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Syed Zubir Syed Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Jawi, Ching Swee Ping.

Menurut Lip Chee, walaupun pelaksanaan projek telah lewat 118 hari dari tarikh dijadualkan, beliau percaya fasa tiga projek yang keseluruhannya meliputi tujuh fasa dapat diselesaikan menjelang Oktober ini demi kepentingan rakyat.document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);