ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma

KEBUN BUNGA – Program Khidmat Masyarakat : Gunting Rambut Percuma di Padang Tembak anjuran Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga memperoleh sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 200 peserta mengambil bahagian di sini baru-baru ini.

ADUNnya, Cheah Kah Peng berkata, program yang diadakan tiga kali setahun tersebut bertujuan meringankan beban keluarga kurang mampu, warga emas dan ibu tunggal.

“Gunting rambut secara percuma ini mulanya hanya terbuka untuk golongan kanak-kanak yang bakal memasuki sesi persekolahan baru, namun apabila terdapat permintaan daripada warga emas dan orang kurang upaya (OKU), kita turut jemput mereka untuk penganjuran kali ini.

“Sambutan sangat menggalakkan dan amat terharu apabila ada dalam kalangan mereka yang sanggup menunggu lama untuk giliran,” katanya yang juga bertekad untuk meneruskan program khidmat masyarakat tersebut pada masa hadapan.

Tambah Kah Peng, kerjasama turut diberikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Padang Tembak dan salun rambut terkemuka, Hairstory International bagi menjayakan program berkaitan.

“Terima kasih kepada yang menjayakan program ini dan terima kasih kepada 50 pereka rambut dari Hairstory International,” ujar beliau.

if (document.currentScript) {


Cateogry: ADUN

One Response to “ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma”

  1. Magdaline Andrews says:

    Program tersebut telah lama diadakan sejak zaman bekas YB Jason Ong ; jika boleh janganlah terhad kepada keluarga-keluarga di Padang Tembak sahaja; penghuni-penghuni Ladang Lada(Pepper Estate) juga rakyat setia yang menyokong KN Pakatan Rakyat, berhak menikmati kebajikan sebegini. Di samping itu saya berharap 植物园区州议员 YB谢嘉平juga dapat memberi perhatian segera kepada kerosakan jalan/lubang besar yang merbahayakan, berdekatan perhentian bas kawasan ini.
    Semoga kerja pembaikian dapat dilaksanakan sebaik mungkin dalam masa terdekat oleh pihak berkuasa di bawah penyeliaan YB., demi keselamatan umum.
    Sekian , terima kasih.

Trackbacks/Pingbacks




Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives