ADUN sumbang kanopi giat aktiviti sekolah

SUMBANGAN KANOPI GIAT AKTIVITI SEKOLAH… Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin baru-baru ini menyampaikan sumbangan dua unit kanopi berukuran 20 x 20 kaki kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Jaya dekat sini.

Menurut Afif, sumbangan tersebut bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada para guru dan pelajar sekolah tersebut untuk melakukan sebarang aktiviti di sekolah.

“Saya harap ia (sumbangan kanopi) itu dapat menambah baik sebarang aktiviti berkaitan sekolah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Difahamkan, sumbangan tersebut adalah menerusi peruntukan ADUN berjumlah RM4,200.