ADUN teruskan sumbangan Deepavali

SUMBANGAN BERTERUSAN… Seramai 200 penduduk terpilih sekitar Desa Mawar, Farlim baru-baru ini menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali di sini baru-baru ini.

Sumbangan tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai.

Menurut Hon Wai, sumbangan seumpama itu telah diadakan selama lima tahun berturut-turut hasil usaha sama pihaknya bersama-sama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Happy Valley.

“Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, namun barangan keperluan harian ini diharap dapat meringankan beban mereka yang menyambut Pesta Cahaya.

“Kebajikan adalah salah satu daripada tanggungjawab Kerajaan Negeri kepada rakyat… anda semua boleh lihat bahawa sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan banyak program bantuan kebajikan melalui pelaksanaan pelbagai skim.

“Bantuan diberi juga tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa… semua kita tolong,” katanya yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri pada majlis berkaitan.


Cateogry: ADUN

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives