Ahad minggu pertama, Pagi Bebas Kenderaan Seberang Perai

Admin

Teks & Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

SEBERANG JAYA – Yang di-Pertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Dato’ Maimunah Mohd. Sharif menyeru penduduk di sini terutamanya di sekitar Seberang Jaya agar dapat memberi sokongan terhadap kempen Pagi Bebas Kenderaan @ Seberang Perai yang diadakan pada setiap Ahad minggu pertama bermula 3 Mei lalu.

Beliau memberitahu, bebas kenderaan adalah bermaksud tiada penggunaan kereta di atas jalan raya yang terpilih iaitu di Jalan Todak 2 dan Jalan Todak 3 bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari untuk kempen seumpama itu pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Tentulah kempen ini amat sukar untuk dilaksanakan secara menyeluruh, namun sekurang-kurangnya akan berlaku
pengurangan jumlah kenderaan yang ketara pada hari tersebut.

“Cara mengurangkannya boleh dilakukan dengan cara berkongsi kenderaan atau menggunakan sepenuhnya perkhidmatan kenderaan awam yang ada,” ujarnya pada Majlis Perasmian Pagi Bebas Kenderaan @ Seberang Perai di sini baru-baru ini.

Hadir menyempurnakan majlis berkaitan, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng Turut serta, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan), Chong Eng (Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti & Pengangkutan), Soon Lip Chee (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Jawi), Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Perbandaran MPSP) dan ahli-ahli majlis bagi MPSP.

Bersempena penganjuran berkaitan, pelbagai acara sihat disediakan antaranya, sihat zumba, aktiviti berbasikal, pameran pendidikan dari agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerai-gerai jualan. Aktiviti-aktiviti berkaitan bakal diteruskan pada setiap kali penganjuran Pagi Bebas Kenderaan @ Seberang Perai.

Dalam pada itu, mengulas lanjut, Guan Eng memberitahu bahawa inisiatif yang diambil MPSP adalah selari dengan
moto negeri.

“Penutupan jalan sepanjang 490 meter pada setiap Ahad minggu pertama ini bukan sahaja untuk tujuan rekreasi dan riadah, malah untuk mengurangkan kebergantungan masyarakat terhadap kenderaan bermotor yang semakin bertambah saban hari ke arah menjadikan Pulau Pinang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat.

} else {