Aloyah kini CEO PWDC

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Aloyah A. Bakar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) berkuatkuasa 1 September lepas.

 Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng semasa membuat pengumuman itu berkata, pelantikan Aloyah adalah berdasarkan pengalamannya yang luas, termasuk dalam tadbir urus PWDC sejak tahun 2012 lagi.

“Dengan pengalaman Aloyah yang pelbagai dan meluas dalam korporat, syarikat-syarikat multinasional dan NGO (badan bukan kerajaan), saya cukup yakin bahawa beliau akan terus memimpin dan memandu PWDC ke arah mencapai wawasan dan misi yang dirancang,” katanya dalam satu kenyataan di sini baru-baru ini.

Lagi pun, kata Chong Eng, menurut Ketua Menteri,

Sebelum dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PWDC, Aloyah menyandang jawatan sebagai Pengarah Projek Bajet Responsif Gender & Partisipatori (GRPB) semenjak Januari 2012 sehingga Ogos 2014 dan merupakan Pemangku CEO PWDC dalam tempoh Mei 2014 hingga Ogos 2014.

“Saya gembira untuk berkongsi bahawa GRPB telah mencapai kejayaan yang mencukupi untuk diiktiraf dengan menerima penghargaan daripada International Observatory on Participatory Democracy (IOPD) pada bulan Jun tahun ini,” ujar Chong Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang.

Aloyah merupakan graduan Pengurusan Hotel dan Katering di UiTM Shah Alam dekat Selangor, dan kerjaya awal beliau adalah di Hotel Rasa Sayang.

Kerjaya terakhir beliau dalam tempoh lima tahun di Hotel Rasa Sayang adalah sebagai Pegawai Kakitangan di Jabatan Sumber Manusia.

Selepas itu, beliau berhijrah ke sektor swasta lain dan dilantik sebagai Penganalisis Personal di IBM, sterusnya dinaikkan pangkat kepada Pengurus Program di bawah Institut Kualiti IBM, Kumpulan Asia Pasifik.

Pada tahun 1990, beliau menyertai PT Sumatera Rotanindo di Medan, Indonesia dan dilantik sebagai pengarah di sana.

Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Pengarah Scansia Sdn. Bhd. di Kedah untuk merombak organisasi berkenaan.

Aloyah juga pernah mendapat dua pengiktirafan semasa menyertai pergerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) peringkat antarabangsa.

Beliau pernah menjadi Pengarah Sumber Manusia & Pendidikan bagi Kumpulan Perniagaan Asian Global sebelum menyertai PWDC.