Anugerah Kitar Semula Tadika lentur pemikiran generasi baru

SEBERANG JAYA – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) percaya Anugerah Kitar Semula Tadika-Tadika yang dianjurkan saban tahun mampu melentur pemikiran baharu generasi akan datang.

Yang di-Pertuanya, Maimunah Mohd. Sharif berkata demikian pada Majlis Pelancaran Anugerah Kitar Semula Sekolah Tadika 2016/2017 dan Penyampaian Hadiah Anugerah Kitar Semula Bagi Tahun 2015.

“Penglibatan sekolah tadika dalam memupuk kesedaran terhadap kitar semula adalah merupakan satu langkah yang penting kerana peringkat tadika merupakan pendidikan awal yang akan melentur pemikiran dan adab sesebuah generasi.

“Generasi muda ini, dalam tempoh 20 tahun yang mendatang, merekalah yang akan menjadi pengganti kepada pemimpin hari ini,” katanya pada majlis berkaitan di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Setiausaha MPSP Sr. Rozali Mohamud serta barisan Ahli Majlis bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan dan Ooi Chao Syhhuan (District Governor 2014-15, Lion Club International District 308 b2 Malaysia).

Maimunah memberitahu, sejak anugerah itu dianjurkan pada 2014, ia menerima penyertaan 46 tadika dan bilangan penyertaan meningkat kepada 54 buah (tadika) tahun berikutnya.

Mengulas lanjut, beliau berharap penyertaan tadika terus meningkat pada penganjuran kali ini yang masih dibuka sejak Julai lepas sehingga 31 Mei tahun hadapan.

“Hadiah-hadiah yang disediakan untuk anugerah kali ini adalah 20 hadiah cemerlang bernilai RM200 setiap sekolah serta 20 hadiah saguhati bernilai RM100 setiap sekolah,’’ jelasnya.} else {