Anugerah Sekolah Hijau 2018, wang tunai RM2,000 menanti juara

Oleh : SUNARTI YUSOFF

Gambar : MPSP

 

SEBERANG JAYA – Hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 dan satu panel tenaga solar berkuasa 4 kilowatt (kW) menanti juara Anugerah Sekolah Hijau 2018 Peringkat Seberang Perai tahun ini.

Perkara itu diumumkan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Mohd. Puad Hamid pada majlis pelancaran pertandingan berkaitan di sini baru-baru ini.

Mohd. Puad berkata, penganjuran anugerah itu yang memasuki tahun kesembilan bertujuan membina generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar.

“Program Sekolah Hijau merupakan program pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di Pulau Pinang yang dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak tahun 2010.

“Pogram ini bertujuan untuk memberi pendekatan secara holistik dalam mendidik semua pelajar agar mampu menjaga alam sekitar pada masa hadapan,” ujarnya.

Difahamkan, jumlah penyertaan bagi program tersebut meningkat dengan ketara saban tahun, iaitu daripada 30 sekolah pada tahun 2010 kepada 152 (2017).

Hasilnya, tambah Mohd. Fuad, sebanyak 136,739 kilogram (kg) sampah berjaya dikitar semula sepanjang pelaksanaan program itu.

“Peningkatan ini merupakan aspek positif sejajar dengan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca yang dilaksanakan (MPSP) pada tahun 2016,” jelas beliau.

Dalam majlis itu juga, beliau turut mengumumkan jumlah tajaan sebanyak RM27,500 disumbangkan oleh syarikat Continental Automotive Components (Malaysia) Sdn. Bhd. serta dua panel tenaga solar masing-masing tajaan Jinko Solar dan Pekat Solar.

“MPSP amat berterima kasih kepada Continental Automotive Components (Malaysia) Sdn. Bhd. dan seluruh kakitangan di atas sokongan berterusan dalam memperkasakan pendidikan, kesedaran pemuliharaan serta pemulihan alam sekitar dalam kalangan murid sekolah di Seberang Perai.

“Saya juga menyeru agar lebih banyak penaja tampil ke hadapan untuk bersama-sama MPSP menjayakan program seumpama ini,” katanya sambil menzahirkan ucapan penghargaan kepada pihak sekolah dan para guru yang terlibat dalam program itu.

Hadir sama, Pengurus Besar Sumber Manusia Continental Automotive Components (Malaysia) Sdn. Bhd, Suhana Kassim; Pengurus Kewangan Jinko Solar Technology Sdn. Bhd; wakil syarikat Pekat Solar Sdn. Bhd Sam Lee; Ahli-ahli Majlis MPSP; para guru dan lain-lain.

Anugerah Sekolah Hijau 2018 dibahagikan kepada dua kategori, iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan akan dinilai berdasarkan empat penilaian utama, iaitu kecekapan sumber asli; 3R (kitar semula, guna semula, kurangkan); inovasi dan kreativiti; kebersihan dan penghijauan serta penglibatan komuniti.

Penyertaan boleh dibuat dengan melengkapkan borang yang boleh didapati di pejabat MPSP.


Kategori: Bahasa Malaysia, Hijau

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives