Asing sisa, MBPP laksana tindakan pemantauan tegas

Gambar : MBPP

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mula mengambil tindakan pemantauan tegas terhadap penghuni-penghuni premis dan badan pengurusan bersama (JMB) yang didapati tidak mematuhi syaratsyarat pelaksanaan Dasar Pengasingan Sisa Di Punca mulai Januari 2017.

Datuk Bandar MBPP, Dato’ Patahiyah Ismail pada sidang media baru-baru ini berkata, tindakan mengeluarkan Notis Mengkehendaki Pengasingan Sampah tersebut adalah sebagai perintis sebelum penguatkuasaan dasar itu yang akan dilaksanakan secara mandatori mulai 1 Jun ini.

“Majlis telah mula SUASANA ketika berlangsungnya Mesyuarat Biasa Majlis MBPP di sini baru-baru ini.

Asing sisa, MBPP laksana tindakan pemantauan tegas mengambil tindakan pemantauan tegas mulai Januari lalu terhadap mana-mana pemilik atau penghuni premis dan JMB yang tidak mematuhi syarat-syarat perundangan.

“Meskipun pelbagai program penerangan masih dijalankan, sudah sampai masanya untuk kita (MBPP) mengeluarkan Notis Mengkehendaki Pengasingan Sampah kepada mereka yang ingkar,” ujarnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Biasa Majlis MBPP di Dewan Bandaraya di sini.

Dasar Pengasingan Sisa Di Punca mula diperkenalkan pada 1 Jun 2016 di bawah Undang-undang Kecil Pengasingan Sampah dan Pelesenan Perkhidmatan Pemungutan Sampah Yang Boleh Dikitar Semula (MBPP) 2016.

Mengulas lanjut, Patahiyah memberitahu, notis tersebut turut akan dikeluarkan terhadap mana-mana pemilik atau penghuni premis yang didapati tidak menyediakan tong sampah bersesuaian bagi menyimpan sisa-sisa baki yang dikumpul.

“Bagaimanapun, jika mereka gagal berbuat demikian mulai 1 Jun 2017, tindakan mengkompaun akan dikenakan iaitu sebanyak RM250 bagi setiap kesalahan.

“Sekiranya mereka masih berdegil dan gagal mengikut arahan ditetapkan, tindakan mahkamah akan diambil. Jika disabit kesalahan, denda boleh dikenakan sehingga tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,’’ jelasnya.

Tambah Patahiyah, justeru, MBPP memberi peringatan tegas kepada masyarakat dan pihak-pihak JMB bahawa segala keputusan adalah tertakluk kepada kewajipan dan tanggungjawab semua di bawah Undang-undang Kecil Pengasingan Sampah berkenaan.if (document.currentScript) {