BBS Automation rancang lebar ‘sayap’ pengeluaran di PSP tahun hadapa

BUKIT TAMBUN – BBS Automation (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (BBS Automation) merancang untuk melebarkan ‘sayap’ operasinya di Taman Sains Pulau Pinang dekat Bukit Minyak tahun hadapan.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon berkata, BBS Automation berhasrat mengembangkan pengoperasiannya sehingga dua kali ganda daripada keluasan asal 42,000 kaki persegi (saiz lantai).

“Kerajaan Negeri menyambut baik rancangan BBS Automation untuk melebarkan ‘sayap’nya di sini, dan ini cukup membuktikan bahawa syarikat beribu pejabat di Jerman itu tertarik dengan nilai tambah pelaburan yang ditawarkan di negeri ini.

“Saya yakin, dengan perkembangan terbaru ini, ia mampu memberi impak positif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri terutamanya di kawasan Penang Science Park (Taman Sains Pulau Pinang) ini,” ucapnya pada sambutan ke-30 penubuhan BBS Automation di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif BBS Management GmbH, Josef Wildgruber; Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Malaysia – Jerman, Daniel Bernbeck; Ketua Pegawai Eksekutif investPenang, Dato’ Loo Lee Lian dan Ketua Pegawai Eksekutif Penang Skills Development Centre (PSDC), Muhamed Ali Hajah Mydin. Menurut Mohd. Rashid, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mengumumkan baru-baru ini bahawa Pulau Pinang berada di tangga kedua bagi jumlah pelaburan yang diluluskan dan sektor pembuatan untuk suku ketiga tahun 2017 dengan nilai mencecah RM9.9 bilion.

“Jalinan usahasama antara Kerajaan Negeri dan pihak industri Jerman terserlah terutamanya dalam pengenalan Skim Latihan Dual Vokasional dan The Malaysia Meister Programme yang mengikut standard di Jerman.

“Kerajaan Negeri juga memperuntukkan RM6 juta untuk melatih warga Pulau Pinang yang berminat dan berkelayakan, seterusnya membolehkan kita (Pulau Pinang) melahirkan pekerja berkemahiran tinggi,” ujarnya yang juga Exco Pembangunan Industri dan Perdagangan Antarabangsa.

Dalam pada itu, Pengurus Besar BBS Automation, Andrea Foerster memberitahu, pihaknya mensasarkan pertumbuhan pendapatan sehingga 20 peratus untuk tahun ini.

“Setiap tahun, kira-kira 50 projek dikendalikan BBS Automation dan setiap projek kosnya adalah antara RM400,000 sehingga RM90 juta.

“(Dan) memandangkan Asia merupakan pasaran terpenting dan kian berkembang pesat, kami (BBS Automation) yakin mampu memenuhi kehendak pasaran di sini dengan kedudukan yang strategik di Pulau Pinang,” katanya.

BBS Automation (Pulau Pinang) Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai ixamation (Asia) Sdn. Bhd.) merupakan salah satu daripada lima anak syarikat automasi terkemuka, BBS Automation Blaichach GmbH yang bertapak di tiga negara seluruh dunia (termasuk Pulau Pinang, Malaysia) dengan lebih 600 pekerja dan hasil global (global revenue) mencecah USD115 juta tahun lalu.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives