Bersih rumah OKU dapat perhatian banyak pihak

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

SERI DELIMA – Kediaman milik orang kurang upaya (OKU), Abdul Rahman Ibrahim, 53, dekat di sini yang kelihatan agak tidak terurus mendapat perhatian lebih 50 penduduk setempat serta banyak pihak di sini baru-baru ini.

Mereka, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK), Jabatan Kerja Raya (JKR), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kontraktor pembersihan, Nfaz Enterprise dan Firwan Marican Sdn. Bhd..

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, R.S.N Rayer dalam kenyataannya memuji JKKK setempat kerana berjaya membabit banyak pihak dalam program amal komuniti tersebut.

“Gerakan bantuan besar-basaran bagi membantu Abdul Rahman dibuat selepas menerima aduan daripada JKKK.

“Program amal hari hari ini berjaya melibatkan banyak pihak,” ujar Rayer yang turut serta dalam program gotong- royong berkenaan di sini baru-baru ini.

Dalam pada itu, seorang penduduk, Abd. Mutalib Mohd. Rawther, 35, berkata, Abdul Rahman seorang yang berdikari sungguhpun sebatang kara.