‘Bloamntpuoanng R’, Mro1s,a 8k00 baiki siling

SILING BOCOR KELAS DIBAIKI… Atas keprihatinan terhadap nasib yang dialami para pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Indah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai tampil menghulurkan bantuan kewangan berjumlah RM1,800 bagi membaiki siling di bilik muzik sekolah terbabit.

Hon Wai ketika ditemui memberitahu, pihaknya sentiasa berlapang dada untuk membantu mana-mana sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Air Itam yang memerlukan bantuan.

“Antara tanggungjawab saya adalah mendengar suara dan masalah rakyat tanpa mengira kaum dan agama, terutama anak-anak kita yang masih bersekolah.

“Mereka ini adalah tunjang harapan negara pada masa hadapan, jadi adalah penting untuk memastikan bilik darjah dalam keadaan selesa dan selamat,” katanya selepas melawat ke sekolah berkenaan baru-baru ini.

Bantuan disampaikan kepada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Siti Nur Hazura Md. Hashim.

Dalam pada itu, Hon Wai berharap agar bantuan dari peruntukannya sebagai ADUN itu, dapat dimanfaatkan segera untuk
membaiki siling yang ‘lompong’ dan rosak demi keselesaan para pelajar.

}