Cabar ketahanan diri bersama Larian Komtar 2014

Admin

KOMTAR – Bagi peminat sukan larian yang ingin menguji ketahanan fizikal serta mental dialu-alukan untuk menyertai Larian Menara Komtar 2014 yang bakal diadakan pada 8 Jun ini.

Acara tersebut bakal dimulakan seawal jam 5 pagi hingga 11.30 pagi dengan jarak sejauh 2 kilometer (km) sambil para peserta perlu menaiki 1,197 anak tangga menaiki menara Komtar sebagai penamat perlumbaan.

Penganjuran tahunan kali ke-enam berkenaan bakal mengekalkan tujuh kategori utama penyertaan iaitu Lelaki Antarabangsa, Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Junior Girls, Boys Junior, Veteran Lelaki dan Veteran Wanita.

Yuran penyertaan adalah antara RM15 hingga RM40 mengikut kategori penyertaan masing-masing dan bagi peserta yang membuat bayaran sebelum 31 Mac ini berpeluang memperoleh diskaun sebanyak RM5.

Tempoh pendaftaran adalah dibuka kepada orang ramai sehingga 1 Mei ini.

Serentak itu, pendaftaran dan pertanyaan boleh terus hubungi www.komtartowerrun.com.my atau hubungi talian hotline, 012 – 440 1398.

Acara anjuran syarikat pengurusan acara, LA Vintage Event Sdn. Bhd. tersebut turut mendapat sokongan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Penang Global Tourism (PGT).