CiTi Truck harap dapat pupuk inovatif generasi muda

CSR… Syarikat pembuatan trak angkat susun dan alatan pengendalian gudang, Linde Material Handling (Linde) baru-baru ini menyumbang tiga unit jentera inovatif pengendalian dikenali ‘CiTi Truck’ bernilai RM20,000 kepada Penang Science Cluster (PSC) sebagai sebahagian program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

Pengarah Eksekutif Serantau Linde, Tee Seng Chuan berkata, sumbangan trak angkat susun (forklift trucks) tersebut adalah sebagai menyokong inisiatif PSC dalam memupuk bakat-bakat muda ke arah generasi berinovatif dengan menyediakan peralatan yang bersesuaian.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang hadir menerima sumbangan jentera berkenaan berharap sumbangan tersebut dapat membantu memudahkan pelbagai projek serta aktiviti sains dan teknologi yang dirancang oleh PSC pada masa hadapan.

if (document.currentScript) {