Climb for Green, riadah sambil beramal

Gambar : VICTOR SEOW
KOO TATT

SIHAT … Penganjuran acara mendaki, Lions Climb fo Green 2015 yang memasuki tahun ke-10 berjaya menarik penyertaan kira-kira 1,200 peserta di sini baru-baru ini.

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lions Club of George Town bermula di Taman Botani hingga puncak B u k i t B e n d e r a  a d a l a h bersempena sambutan hari kelahiran Tuan Yang Terutama Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas yang jatuh pada 15 April.

Men u r u t  p e n g e r u s i penganjur, Kevin Teow Hai Theng, program tersebut adalah bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat dan mengumpul dana untuk terus menggerakkan program amal pertubuhan.

Hadir sama, Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Program dimeriahkan dengan upacara memotong kek oleh Abdul Rahman.} else {