Serambi PI: Dari Pulau Pinang ke Sarawak

Admin

Oleh : ZAIRIL KHIR JOHARI

Ahli Parlimen Bukit Bendera merangkap Pengarah Eksekutif Penang Institute

 

SEMASA berkempen pada hari kedua Pilihan Raya Negeri Sarawak, calon DAP untuk Batu Kitang, Abdul Aziz Isa, dan rombongannya telah terserempak dengan seorang ibu bersama empat orang anaknya.

Ibu yang berketurunan kaum Dayak tersebut sedang mencari sisa makanan di tempat pembuangan sampah kerana terlalu daif sehingga tidak dapat membeli makanan.

Kisah menyedihkan ini amat tragik dan tidak sepatutnya berlaku di sebuah negeri yang amat kaya dengan sumber asli seperti minyak, gas, balak dan tanah yang subur.

Namun begitulah hakikat di negeri Sarawak yang, bersama dengan negeri Sabah, merangkumi sebanyak 51 peratus kadar kemiskinan di Malaysia.

Keadaan di atas ini hanyalah satu sebab untuk memilih perubahan di Sarawak.

Justeru, walaupun wakil rakyat Pakatan dihalang dan dihalau keluar dari negeri Sarawak atas motif politik semata-mata, kami yang berjaya masuk akan berkempen habis-habisan di negeri Bumi Kenyalang ini bagi membantu rakyat Sarawak mencapai perubahan dan menggapai masa depan yang lebih cerah.if (document.currentScript) {