Dee cekal pelopori penternakan udang kara, clarki, ikan betta

Oleh : YAP LEE YING
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

NAMA dan rupanya seakanakan udang galah. Ia diternak di dalam air tawar, saiznya lebih kecil, berwarna kebiru-biruan dan berbintik putih.

Setelah sekian lama tertunda, akhirnya sesi wawancara bersama-sama pengusaha, ROSIDI ABU, 38, berjaya diatur.

Terletak di Kampung Hutan Petai, Machang Bubok. Skuad Jalan-jalan Buletin Mutiara terpaksa memasuki lorong bertar dan kemudian berbatu untuk sampai ke lokasi kolam ternakan.

Melihat kepada keadaan kolam, memang tiada apa yang menarik perhatian. Tetapi, air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh anak jati Machang Bubok, Rosidi atau lebih mesra dengan nama panggilan, Dee, yang agak pemalu orangnya.

Seolah mengetahui keterujaan kami untuk melihat spesies ternakannya, tanpa bercakap panjang, Rosidi terus membawa kami ke destinasi (kolam ternakan).

Daripada permukaan, memang tidak kelihatan langsung udang kara. Yang kelihatan, hanyalah batang paip PVC yang dipotong pendek dan rumpai hydrilla.

Dee kemudian melangkah masuk ke dalam kolam, mengangkat batang-batang paip tersebut dan seekor demi seekor udang kara air tawar peliharaannya merangkak keluar.

Cantik, unik dan terpersona! Ketika itu, barulah penulis menyedari bahawa spesies udang berkaitan sering kali dijadikan hiasan akuarium, tak sangka pula ia boleh dimakan.

Menurut Dee, beliau telah 10 tahun berkecimpung di dalam bidang ternakan udang kara air tawar. Selain kolam di Machang Bubok yang berusia tiga tahun, perusahaan tersebut turut diusahakan di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU).

Keseluruhannya kini, beliau memiliki kira-kira 200 kolam ternakan udang kara.

“Kini, selain menjual, saya juga merupakan penternak udang kara air tawar yang turut membekalkan anak-anak benih.

“Malah, usaha diperluaskan dengan menawarkan kursus kepada mereka yang berminat pada setiap hari minggu,’’ katanya sambil menyatakan bahawa beliau mengambil tempoh kira-kira tiga tahun untuk betul-betul memahiri teknik ternakan spesies berkenaan.

Mengulas lanjut, rasa ingin cuba melopori bidang berkaitan berputik ketika beliau menjalankan perniagaan binatang peliharaan.

“Orang cakap pasaran memang bagus dan menguntungkan. Cara jaga pun mudah, Nak tinggal seminggu pun takpe, tidak manja.

“Apabila ada pelanggan order, saya pun tumpang sekaki. Benih tuh dapat daripada kawan dan juga kenalan di Facebook. Amat cantik, saiznya adalah kira-kira 2 inci.

“Pada peringkat permulaan, saya cuba 10 pasangan. Daripada jumlah itu, hanya dua atau tiga ekor yang mati sebab air terlebih panas,’’ ujarnya teruja.

Tambah Dee, zaman internet banyak membantu beliau peningkatkan kemahiran menternak udang kara berbanding 10 tahun lalu, yang mana menurutnya, pengalaman pahit manis yang banyak mematangkan beliau memahiri bidang berkaitan sebelum ini.

“Mula-mula ternak, tidak kenal jantina, malah, induk juga dicampur-aduk di dalam satu kolam. Masa itu, memang anak-anak yang menetas mati.

“Pernah juga beribu-ribu udang kara pada usia matang iaitu enam bulan dengan saiz kira-kira 5 inci ke atas yang sedia untuk dipasarkan mati.

Malah, pada tahun 2016, saya juga pernah rugi berpuluh ribu ringgit.

“Selain faktor pemangsa seperti biawak dan burung, risiko dalam bidang perniagaan adalah kerenah pelanggan. Dah ambik order, tetapi tidak muncul!’’ jelasnya yang sentiasa berpegang kepada prinsip tidak mudah putus asa, terus mencuba serta belajar daripada pengalaman.

Dee memberitahu, beliau kini dalam proses membiak udang kara jenis clarki berwarna kemerah-merahan.

“Ini baru masuk tahun kedua, cara bela adalah sama. Tetapi, telur yang dihasilkan adalah kurang berbanding udang kara air tawar biasa.

“Saiz maksimum yang boleh dicapai clarki ialah 4 inci dan bagi mengekalkan kemerahan warnanya, diet pemakanan yang diberikan ialah cacing sutera,’’ katanya sambil memberi peluang kepada penulis serta rakan-rakan memegang clarki.

 

Bagi pasaran, selain tempatan, udang kara air tawar ternakannya turut dieksport ke Thailand.

“Tidak dinafikan, ekoran keuntungan dan popularitinya, persaingan penternakan udang kara ini sudah meningkat, namun, disebabkan permintaan yang tinggi, bekalan adalah masih tidak mencukupi,’’ jelasnya sambil menyatakan bahawa tahap kolesterol udang kara air tawar adalah lebih rendah berbanding udang galah air masin, selain juga dipercayai menjadi penawar kepada
penyakit asma serta awet muda.

Bagi perancangan masa depan, Dee berharap dapat melahirkan lebih ramai penternak bagi bersama-samanya menampung keperluan
pasaran kini.

“Saya juga berharap pihakpihak tertentu termasuk Kerajaan Negeri dapat membantu dari segi keperluan tanah bagi membolehkan saya meluaskan kolam-kolam sedia ada kini.

“Pada masa sama, saya juga ingin memperluaskan skop perusahaan kini kepada lain-lain bidang termasuk masakan udang kara air tawar,’’ ujar beliau.

Malah, Dee turut menyatakan bahawa udang kara air tawar adalah sesuai dibuat masakan tiga rasa, penambah rasa kepada char kuetiau atau dimakan begitu sahaja (selepas stim).

Selesai mengenai udang kara, dalam perjalanan menuju ke arah jalan keluar, penulis dan rakan seperjuangan terpegun seketika apabila terlihat warna-warni ikan betta peliharaan Dee.

Kreatif sungguh anak muda ini, hati penulis berdetik.

“Saya sekarang sedang mepelopori bidang ternakan betta fish. “Benih berusia tiga bulan ke atas dibeli dengan harga RM70 seekor dan
banyak diperoleh dari Thailand.

“Saya belajar membiaknya daripada kawan dan YouTube dan kini memang sedang dipasarkan di pasaran tempatan,’’ katanya sambil tersenyum manis.

INFO:
013 – 5136 619
FB: udangkaraairtawardee


Cateogry: Rencana

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives