Delta Eco Night Run didik umum pulihara alam semulajadi

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DANNY OOI ENG KEAT

TANJUNG BUNGA – Program kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) anjuran syarikat pembekal peralatan pejabat, Delta Business Solutions Sdn. Bhd. (Delta), Delta Eco Night Run yang memasuki tahun keempat adalah bertujuan mendidik umum mengenai pemuliharaan alam semulajadi.

Penganjuran yang diadakan di Taman Botani di sini turut memperoleh sokongan dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Lions Club George Town.

Memeriahkan acara yang dihadiri Exco Belia & Belia, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari adalah semangat kira-kira 1,500 peserta yang bukan sahaja beramal bagi tujuan berkaitan, malah mencuba sesuatu yang berbeza iaitu berlari pada malam hari.

Pengarah Urusan Delta, Choo Eng Hin berkata, melalui larian ini, para peserta dapat menikmati penorama dan suasana kehijauan semulajadi pada waktu malam.

“Ini secara tidak langsung mampu mewujudkan sifat dengan lebih mendalam terhadap alam sekitar kerana suasana pada waktu malam sambil dikelilingi alam semulajadi adalah amat berbeza yang mana membuatkan kita merasa lebih dekat dengan ia,’’ ucapnya pada Acara Pelepasan Para Peserta Delta Eco Night Run di sini baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, Delta turut menyerahkan sumbangan RM13,700 kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam menjayakan program Anugerah Komuniti Mampan 2015 pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan.

Turut diadakan, acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik berupa barangan elektronik, gajet, baucar membeli-belah dan pakej bermalam di hotel terkemuka di sini.

Dalam pada itu, Chong Eng memberitahu, Kerajaan Negeri sememangnya menyambut baik acara sukan bagi melahirkan generasi Pulau Pinang yang sihat.

“Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu menjadi sebuah negeri yang sihat, kita amat mengalu-alukan penganjuran aktiviti sukan.

“Bahkan Pulau Pinang merupakan negeri yang banyak melahirkan atlet-atlet kebangsaan dalam pelbagai bidang sukan,” ujar beliau.

if (document.currentScript) {