Eksport peranti perubatan Pulau Pinang dijangka meningkat

BATU KAWAN – Eksport bagi industri peranti perubatan negara dijangka meningkat dengan telahan pertumbuhan dianggarkan sebanyak 12 peratus atau bersamaan RM17.74 bilion tahun lalu, kata Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng. Beliau yakin dengan kadar pertumbuhan demikian, Pulau Pinang akan terus unggul sebagai pemain industri utama dalam pengeksportan peranti perubatan di Malaysia.

“Pulau Pinang merupakan hab kepada satu per tiga syarikat pengeluar peranti perubatan di Malaysia, dan pada tahun 2017, Persatuan Industri Perubatan Malaysia menganggarkan pertumbuhan sebanyak 12 peratus atau RM17.74 bilion.

“(Dan) dengan kemasukan Boston Scientific Corporation (Boston Scientific) ke Batu Kawan, saya yakin ia akan meningkatkan lagi nilai eksport Malaysia bagi pengeluaran peranti perubatan ke luar negara.

“Boston Scientific bukanlah asing lagi kerana sejak 2008 hingga 2017, Pulau Pinang telah menerima RM14.2 bilion Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang sebahagiannya adalah daripada syarikatsyarikat berpangkalan di Amerika Syarikat,” ucapnya pada Majlis Pembukaan Boston Scientific di sini barubaru ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong; Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA); Datuk N.

Rajendran; Ketua Pegawai Eksekutif investPenang; Dato’ Loo Lee Lian; Naib Presiden Kanan dan Presiden, Boston Scientific Asia Pasifik, Darren Wang dan  Naib Presiden juga Pengurus Besar Perkilangan dan Pengedaran Boston Scientific, Dave Mitchell.

Berkeluasan 375,000 kaki persegi, Boston Scientific bakal menambah sekurang-kurangnya 400 peluang pekerjaan dalam bidang pembuatan peranti perubatan bagi kegunaan kardiologi, endoskopi dan urologi.