FGT 2015 pelawa proposal rakyat Malaysia

GEORGETOWN – Rakyat Malaysia dipelawa menghantar kertas atau proposal cadangan bagi menyemarakkan penganjuran acara tahunan, Festival George Town 2015 (FGT) yang bakal berlangsung sepanjang bulan Ogos kelak.

Pengarah FGT, Joe Sidek berkata, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, FGT tidak menetapkan sebarang tema, sebaliknya, mencari program yang menginspirasi dan diinspirasikan oleh bandar George Town.

“Ini adalah selaras dengan ciri George Town yang unik dan penuh budaya, malah, juga mencerminkan suara kebebasan Pulau Pinang yang kaya dengan legasi artistik seni.

“Saya mencari kertas cadangan lain daripada yang lain, asli, dan bersesuaian dengan festival,” ujarnya pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempengerusikan majlis berkaitan. Joe menjelaskan, tarikh tutup penghantaran kertas dan proposal cadangan adalah pada 15 Februari 2015.

“Contoh kertas cadangan boleh dimuat turun melalui laman sesawang, www.georgetownfestival. com atau hubungi, 04 – 261 6308 atau ke pejabat, Joe Sidek Production Sdn. Bhd. Tingkat 1, 86, Lebuh Armenian 10200 George Town, Pulau Pinang.