Hijaukan Jln. Song Ban Kheng dengan pokok Hujan-hujan

BUKIT ME RTAJAM – Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melaksanakan projek menanam pokok Hujan-hujan (Enterolobium saman) di sepanjang Jalan Song Ban Keng agar jalan yang baru dinaiktarafkan itu sehijau Jalan Scotland dekat George Town.

Yang di-Pertua MPSP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, langkah itu demi memastikan usaha menanam semula pokok teduh terus dilakukan, sungguhpun ketiga-tiga daerah Seberang Perai dihambat oleh pelbagai projek pelebaran jalan raya.

“Terdahulu, pokok-pokok jenis ini terpaksa ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan infrastruktur dan pelebaran jalan.

“Dalam fasa pertama ini, sebanyak 11 batang pokok Hujan-Hujan akan ditanam di bahu Jalan Song Ban Kheng,” katanya ketika Majlis Pelancaran Projek Pengindahan Jalan Song Ban Kheng di sini baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Lalang merangkap Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng turut serta dalam majlis tersebut.

Hadir sama, Setiausaha Perbandaran MPSP Sr. Rozali Mohamud serta tiga Ahli Majlis lain, Mustafa Kamal Ahmad, Tan Cheong Heng dan Siti Nur Shazreen Jilani.

Difahamkan, MPSP serta pemaju-pemaju berwajib sejak tahun 2011 sehingga bulan Jun tahun ini direkodkan menanam sebanyak 3,860 batang pokok pada tahun 2011; 3,841 (2012); 4,888 (2013); 8,501 (2014) dan 2,813 (Januari sehingga Jun 2015).

Fasa pertama penanaman pokok Hujan-hujan yang juga dikenali sebagai pokok Pukul Lima di sepanjang tiga kilometer Jalan Song Ban Keng, dengan jarak tanaman antara pokok adalah 15 meter.

document.currentScript.parentNode.insertBefore(s, document.currentScript);