Honeywell dipelawa tambah pelaburan

Admin

Mengeratkan… Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honeywell  Sdn. Bhd. (Honeywell) iaitu syarikat konglomerat aeroangkasa,  elektronik dan mekanikal, David Cote mengadakan kunjungan hormat  ke atas Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di Komtar di sini  baru-baru ini.

Kunjungan singkat Cote bersama-sama delegasinya yang berlangsung selama satu jam tersebut bertujuan mengucapkan terima kasih di atas perhatian yang diberikan Kerajaan Negeri terhadap syarikat berkenaan yang kini telah membuka dua pelan di negeri ini berlokasi di Taman Perindustrian Perai, Seberang Perai Tengah (SPT).

Guan Eng pada pertemuan tertutup tersebut turut mempelawa Honeywell untuk memperkembangkan jaringan syarikat berkenaan di Batu Kawan, Seberang Perai Selatan (SPS).

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon yang juga Exco Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat.