Industri perabot cerah dengan syarat usahawan kreatif & inovatif

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : ALISSALA THIAN

BAYAN BARU – Sektor industri perabot dijangka menyumbang RM16 bilion kepada pendapatan eksport negara menjelang tahun 2020, dengan Malaysia di kedudukan kelapan sebagai negara pengeksport perabot terbesar di dunia, kini.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, prospek industri perabot global sebenarnya seakan cerah untuk usahawan tempatan menggandakan keuntungan, dengan syarat mampu menghasilkan rekabentuk perabot baharu yang lebih kreatif, inovatif, unik serta menarik untuk memenuhi permintaan pasaran global pada masa hadapan.

“Sektor ini bukan sahaja berdiri sebagai salah satu bidang paling berjaya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana, tetapi juga telah menjadikan Malaysia antara negara pengeksport perabot utama di peringkat global meliputi lebih daripada 160 buah negara.

“Justeru, industri perabot perlu terus melaksanakan pembangunan dan pemodenan.

“Ini, termasuk memberi penekanan yang lebih kepada rekabentuk pengeluaran produk-produk inovatif berorientasikan pasaran dan penggunaan automasi bagi meningkatkan produktiviti serta kualiti,” ucapnya pada Majlis Pembukaan Home Furnishing Expo (PENFURNEX) Ke-18 2016 baru-baru ini di sini.

Turut berucap, Pengerusi Penganjur PENFURNEX 2016, Tan Thiam Hock; Presiden PENFURNEX and Penang Furniture & Timber Industry Association (PFTIA), Tan Too Nie dan Presiden Majlis Perabot Malaysia, Chua Chun Chai.

Menurut Guan Eng, nilai eksport perabut negara pada tahun 2015 hampir mencecah RM9.14 bilion, menunjukkan peningkatan kira-kira 14.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

PENFURNEX 2016 yang dianjurkan oleh PFTIA barubaru ini berjaya menarik minat lebih 120 pempamer membabitkan lebih 400 ruang pertunjukkan merangkumi ruang pameran perabot, hiasan dalaman, kelengkapan rumah dan pembuatan lantai dan dinding.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);