Jalan Lebuh Nipah sehala waktu puncak

Admin

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

BATU UBAN – Bagi melicinkan aliran trafik di Jalan Lebuh Nipah berhadapan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Phor Tay di sini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bersetuju menjadikan laluan tersebut sebagai satu hala menjelang waktu puncak.

Inisiatif tersebut adalah bagi membolehkan ibu bapa dan kenderaan seperti bas sekolah menurun serta mengambil para pelajar di hadapan sekolah demi faktor keselamatan.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Muhammad Sabri Md. Osman berkata, kebiasaannya jalan tersebut menjadi amat sesak ekoran pertembungan dua aliran lalulintas yang bertentangan.

“Waktu puncak bagi sesi pagi adalah bermula dari pukul 6.30 pagi hingga 8.00 pagi; sesi tengah hari (12.30 tengah hari hingga 2 petang) dan sesi petang (6 petang hingga 7.30 malam).

“Aliran sehala ini hanya berkuatkuasa pada hari persekolahan biasa sahaja,” ujar Muhammad Sabri di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, tempoh percubaan selama tiga bulan akan dijalankan bagi mengkaji keberkesanan pengalihan aliran lalulintas berkenaan.

“Saya menasihatkan pengguna- pengguna Jalan Lebuh Nipah supaya peka dan mematuhi isyarat serta perubahan baru ini demi kelancaran lalulintas di kawasan berkenaan,’’ jelasnya.