Jambatan Farlim – Lembah Ria, ADUN harap siap sebelum Tahun Baru Cina

AIR ITAM – Sejurus pasca banjir yang melanda Pulau Pinang pada 15 September lalu, Kerajaan Negeri meluluskan dana berjumlah RM890,000 kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri, Daerah Timur Laut bagi melaksanakan kerja-kerja membaik pulih struktur yang rosak dan kerjakerja pembersihan di kawasan terjejas.

Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Wong Hon Wai pada sesi lawatan ke tapak projek bina semula jambatan di Lembah Ria, Air Itam di sini baru-baru ini.

Menurut Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, daripada jumlah dana yang diluluskan, sebanyak RM195, 434 disalurkan untuk membina semula jambatan menghubungkan kawasan Farlim dan Lembah Ria.

“Jambatan dianggarkan berusia lebih 50 tahun ini rosak teruk akibat arus deras dan boleh dikatakan ini (projek) merupakan pembinaan semula dan bukannya projek menaik taraf kerana kerosakan yang berlaku adalah agak besar,” ujarnya yang turut bersama-sama Jurutera Daerah JPS Daerah Timur Laut, Nortilawati Osman pada sesi lawatan berkaitan.

Bercakap kepada pemberita, Hon Wai berharap projek yang dimulakan pada 23 Oktober 2017 tersebut dapat disiapkan sebelum sambutan Tahun Baru Cina 2018 meskipun jadual siap dijangka, 23 Februari 2018.

“Ini adalah kerana pada sambutan Tahun Baru Cina kelak, ramai yang akan pulang ke kampung halaman dan laluan tersebut merupakan salah satu keperluan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nortilawati memberitahu, antara skop kerja projek tersebut adalah menanggal dan mengangkut binaan yang runtuh, pembinaaan cerucuk baharu, pembinaan jambatan trafik berkapasiti ringan dengan ukuran 15 meter panjang serta 4 meter lebar, menyediakan lapisan tar, memasang pagar dan paling utama adalah pembinaan rubber pitching sebagai penahan cerun.

“Sebelum ini, jambatan ini tiada cerucuk, justeru kali ini kita akan buat (cerucuk) termasuk membina tembok rubber pitching supaya cerun bawah jambatan ini mampu menahan arus deras,” jelasnya.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives