Jamuan Teh hari lahir rai penerima pingat

SELAMAT HARI LAHIR… Majlis Jamuan Teh Peringkat Negeri Pulau Pinang bersempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Ke-76 Yang Dipertua Negeri Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas diadakan bagi meraikan penerima-penerima pingat negeri di sini baru-baru ini.

Jamuan yang diadakan di perkarangan Seri Mutiara (kediaman rasmi TYT) dihadiri kira-kira 500 tetamu kehormat dari dalam dan juga negeri Pulau Pinang.

Selain pelbagai hidangan makanan lazat, para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan, lagu patriotik, nyanyian koir serta kugiran yang dihoskan penghibur terkenal kelahiran Pulau Pinang, Imuda.

Hadir sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bersama isteri, Betty Chew Ghek Cheng, barisan kepimpinan negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli-ahli Parlimen.