JKSB Ride, berkayuh sambil beramal

Teks & Gambar : DARWINA MOHD.  DAUD

BATU KAWAN – Lebih 3,000 peserta yang meminati sukan berbasikal mencabar keupayaan diri dengan berkayuh di atas jambatan terpanjang di Asia Tenggara iaitu Jambatan Sultan Mu’adzam Shah menerusi penganjuran Kayuhan Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB Ride) di sini baru-baru ini.

Ahli Lembaga Pengarah JKSB yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Farizan Darus berkata, penganjuran bertemakan ‘Santai dan Kekeluargaan’ tersebut bertujuan mengutip derma sebagai sumbangan kepada Tabung Bencana Tuan Yang Terutama (T.Y.T.) yang mana dana tabung berkenaan digunakan untuk membantu mangsa-mangsa bencana di negeri ini.

“Kayuhan ini merangkumi jarak sejauh 43 kilometer (km) bermula dari Stadium Batu Kawan.

Kepada peserta yang tidak mampu menghabiskan kayuhan, pusingan ‘U’ dibuka pada setiap 2km,’’ katanya selepas Majlis Pelepasan Peserta JKSB Ride di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri 1, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim dan Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti, Chong Eng.

Turut menjadi rebutan adalah tawaran hadiah sebuah mountain bike bernilai RM8,000 pada acara cabutan bertuah.

Dalam perkembangan sama, Pengurus Besar Penang Bicycle Town, Todd Teoh memberitahu bahawa acara tersebut dianjurkan untuk menggalakkan gaya hidup sihat sambil menderma.

“Ini adalah acara yang boleh menggalakkan semua untuk beramal ketika meluangkan masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati panorama menarik dari jambatan tersebut,” jelas beliau.

if (document.currentScript) {