Jom Pi Pesta!

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : SHUM JIAN-WEI

PANTAI JEREJAK – Menyedari sambutan hangat masyarakat utara Semenanjung terhadap penganjuran popular Pesta Pulau Pinang, Kerajaan Negeri membelanjakan RM2.4 juta bagi menjayakannya tahun ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Pesta Pulau Pinang merupakan acara tahunan yang dinanti-nanti bukan sahaja oleh warga negeri ini, malah juga di luar Pulau Pinang.

“Sambutan umum ke Pesta Pulau Pinang turut dilihat dapat menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan sementara di tapak ini.

“Saya difahamkan, pada tahun ini, seramai 154 usahawan mengambil bahagian menjual pelbagai produk seperti barangan elektronik, kesihatan, pakej pelancongan, hiasan dalaman, produk berasaskan kayu, tekstil dan pakaian, kraftangan serta permaidani dan kendera saji (food truck) turut menanti kehadiran pengunjung ke sini,” ucapnya pada Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang 2017 Ke-51 di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Law Choo Kiang; Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Mohd. Rashid Hasnon; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus; barisan Exco dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Sarul Bahiyah Abu.

Dalam pada itu, Guan Eng turut mengajak orang ramai supaya mengambil kesempatan melawat Pesta Pulau Pinang terutamanya
bagi merakam gambar kenangan di sudut swafoto berkonsepkan ‘Saya Pulau Pinang’.

“Pada tahun ini juga, pencahayaan Pesta Pulau Pinang 2017 telah ditambah baik bagi menyerikan lagi penganjuran kali ini.

“Tahun ini, Pesta Pulau Pinang 2017 dijadualkan berlangsung selama 37 hari, iaitu mulai 25 November sehingga 31 Disember 2017
seiring tema ‘Jom Pi Pesta!’,” katanya.

Ditanya berkenaan sasaran jumlah pengunjung untuk Pesta Pulau Pinang 2017, Sarul Bahiyah meletakkan sasaran 650,000 pengunjung.

“Kalau boleh, tahun ini kita sasarkan jumlah sama macam tahun lepas iaitu 650,000 pengunjung, kalau capai 500,000 pengunjung pun saya anggap sudah memadai dengan promosi yang kita lakukan melalui media sosial dan sebagainya,” responsnya apabila ditanya pihak media.

Berkenaan isu banjir yang beberapa kali terjadi pada sambutan tahun lalu, Sarul Bahiyah memaklumkan bahawa pihaknya kini menyediakan beberapa langkah penyelesaian dalam menghadapi situasi tersebut.

“Antaranya, menyediakan flood gate atau laluan air, pam air dan meletakkan personel Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang di tapak pesta,’’ jelas beliau.

Sebanyak 74 acara berkonsepkan kekeluargaan, kesukanan dan riadah diatur untuk penganjuran kali ini, seperti Pertandingan Silat Antarabangsa, Pesta Tinju, Pesta Muay Thai dan persembahan kucing anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang.


Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives