Jom zumba di Komtar Walk!

Gambar : CHAN LILIAN

GEORGE TOWN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng mengajak orang ramai menyertai acara senaman zumba anjuran pusat khidmat beliau bersama-sama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Jalan Macalister yang bakal berlangsung pada jam 7.30 pagi, 6 September ini di Komtar Walk di sini.

Beliau berkata, penyertaan adalah terhad kepada 200 peserta pertama sahaja dan yuran pendaftaran adalah bernilai RM5.

“Setiap pendaftaran akan diberi beg cenderamata dan sehelai baju kemeja-t.

“Bertemakan ‘Komuniti Bersukan, Rakyat Sihat’, acara ini bakal berlangsung selama satu setengah jam tanpa henti,’’ katanya pada sidang media pengumuman acara berkaitan di sini baru-baru ini.

Bagi yang berminat, dapatkan borang di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Komtar beralamat di Nombor 14, Jalan Talipon, 10400, George Town atau hubungi talian 04 – 227 7068.

if (document.currentScript) {