Kadar pertumbuhan KDNK per kapita, P. Pinang juara di bawah Pakatan – Guan Eng

Admin

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Statistik oleh Jabatan Statistik Malaysia menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita bagi Pulau Pinang adalah jauh lebih baik berbanding di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN) dahulu.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata demikian bagi menyangkal dakwaan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui tweetnya yang menyebut pertumbuhan KDNK per kapita Pulau Pinang adalah ketiga paling rendah antara tahun 2008 hingga 2016 berbanding semua negeri di Malaysia.

Menurut Guan Eng, kenyataan di Twitter Abdul Rahman benar, akan tetapi di bawah pentadbiran CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), Pulau Pinang melonjak naik dari tangga paling bawah pada 2005 sehingga menjadi juara pada 2013 dan 2014 mengatasi 14 negeri lain.

“Ya, Pulau Pinang (berada) di tangga bawah semasa pentadbiran BN yang bukan sahaja goyah dan layu.

“Sebab itu, Pulau Pinang di tangga bawah, tetapi sejak Pakatan Harapan…Pulau Pinang berjaya menjadi jaguh…nombor satu pada 2013 dan 2014,” ujarnya kepada pemberita sejurus merasmikan sambutan Hari Air Sedunia di Taman Rekreasi Botani di sini 23 April lalu.

Berikut adalah statistik oleh Jabatan Statistik Malaysia dari tahun 2005 sehingga 2014 berdasarkan harga semasa.