Kampung Shaikh Madar perintis projek LA21, libat penduduk setempat

AIR ITAM – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memilih Kampung Shaikh Madar sebagai perintis projek di bawah Local Agenda 21 (Local Action 21, LA21) dalam usaha mengenal pasti ‘hala tuju’ setempat.

Mantan Datuk Bandar MBPP, Dato’ Maimunah Mohd. Sharif berkata, pemilihan Kampung Shaikh Madar bukan sahaja untuk mengenal pasti ‘hala tuju’, malah juga memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengesan permasalahan setempat melibatkan pembangunan sosial, alam sekitar dan sosio-ekonomi.

“Tiada yang lebih mahir tentang-isuisu dan penyelesaian di kawasan setempat kecuali penduduk tempatan, namun, masih ramai yang kurang jelas bahawa pembangunan lestari bukan hanya sekadar terangkum dalam agenda alam sekitar, ia merangkumi kesejahteraan komuniti dan pertumbuhan ekonomi menyeluruh menurut falsafah kelestarian.

“(Dan) falsafah atau Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDGs) yang diusahakan oleh MBPP ini, mempunyai 17 matlamat yang perlu dicapai menjelang 2030…dan apa jua yang kita lakukan pada masa ini, tidak akan memudaratkkan keupayaan kehidupan anak cucu kita pada masa hadapan.

“Oleh itu, diharapkan semua pihak akan terus berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan usaha LA21 ini berjaya dan menjadi satu model untuk dicontohi,” ucapnya pada Majlis Perasmian Bengkel Penglibatan Penduduk/Visioning Kampung Shaikh Madar Bawah LA21 di sini 6 Januari lalu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Wong Hon Wai, Setiausaha Bandaraya bagi MBPP, Ar. Yew Tung Seang; Ahli-ahli Majlis bagi MBPP dan Ketua-ketua jabatan MBPP.

Kira-kira 100 penduduk mengambil bahagian dalam usaha mentransformasikan Kampung Shaikh Madar sebagai sebuah kawasan penempatan yang lebih kondusif dengan mengambil kira pandangan dan penglibatan penduduk tempatan melalui salah satu matlamat SDGs iaitu tiada sesiapa yang ditinggalkan.


Cateogry: PBT

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives