Kejohanan erat hubungan antarabangsa – KM

Oleh: CHEAH JAY LOON

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mengalu-alukan kehadiran enam negara yang berentap dalam Penang Chief Minister Cup International Basketball Invitational Championship 2014 yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Malah, beliau yakin bahawa kejohanan kali ke-dua selama empat hari (25 Julai hingga 29 Julai lalu) itu dapat mengeratkan lagi hubungan antarabangsa antara negara-negara berkaitan.

“Kerajaan Negeri berharap Pulau Pinang dapat menjadi sebuah negeri bertaraf   antarabangsa yang menggalakkan pembangunan sukan antarabangsa,” ucapnya pada Majlis Pelancaran Penang Chief Minister Cup International Basketball Invitational Championship 2014 di sini.

Turut hadir, Exco Belia & Sukan, Pembanguan Wanita, Keluarga & Komuniti, Chong Eng.

Selain Malaysia, negara-negara lain yang mengambil bahagian adalah Filipina, Australia, China, India dan Singapura. Kali pertama kejohanan serupa dianjurkan adalah pada tahun 2007.