Kelas tarian MBPP semai nilai warisan kalangan generasi muda

Admin

KEMBANG BAKAT, SEMAI SAYANG SENI WARISAN… Bagi mengembangkan budaya dan warisan ke peringkat akar umbi dalam kalangan kanakkanak dan generasi muda kini, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) barubaru ini mengambil inisiatif menganjurkan Program Kelas Tarian Tradisional Kanakkanak 2016 di sini.

Bersempena program yang berlangsung dalam tempoh tiga bulan berkaitan, seramai 112 kanak-kanak berusia dari lima
hingga 12 tahun telah mengambil bahagian dan berjaya menamatkan program latihan berkaitan.

Pengarah Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MBPP, Rashidah Jalaludin menyatakan keyakinan beliau bahawa program tersebut bukan sahaja dapat mencungkil bakat dalam kalangan kanak-kanak, malah juga menyemai rasa sayang serta hormat pada seni tari warisan dan kebudayaan negara.

Program tersebut diadakan dari 20 Februari hingga 30 April lalu dengan pendedahan pelbagai teknik tarian tradisonal dalam negara seperti dari bangsa Melayu, Cina, India dan Kadazan.

Turut hadir pada Majlis Penyampaian Sijil dan Persembahan Kelas Tarian Tradisional Kanak-kanak MBPP 2016 adalah Ahli Majlis MBPP, Teoh Koon Gee.