Kelulusan projek pelaburan Q1 P. Pinang ke-3 tinggi

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Pulau Pinang masih di kedudukan ketiga dengan projek pelaburan negeri yang diluluskan dalam tempoh suku pertama (Q1) 2016 berjumlah RM1.346 bilion di belakang Sabah (RM1.697 bilion) dan Sarawak (RM1.655 bilion), lapor Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Mengulas lanjut, Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, ekonomi tanah air kian mencabar sewajarnya mendorong Kerajaan Persekutuan meluluskan permohonan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) demi merangsang pertumbuhan sektor pembangunan dan infrastruktur negeri.

“Sungguhpun Pulau Pinang di kedudukan ketiga, kita (Kerajaan Negeri) tidak tahu apa yang akan berlaku pada tahun ini.

“Oleh itu, Pulau Pinang kenalah mencari penggerak-penggerak ekonomi lain, di sini lah kita (Kerajaan Negeri) ada impak daripada sektor pembinaan dan infrastruktur.

“Sekiranya Pelan Induk Pengangkutan (PIP) diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan, saya rasa ia membantu untuk mencari sumbersumber ekonomi baru,” katanya kepada pemberita pada majlis sidang media di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo. Sungguhpun Pulau Pinang bergantung kepada sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta sektor perkhidmatan, Guan Eng memberitahu, perkembangan terbaru mengenai Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) turut memberi kesan berantai yang negatif kepada persekitaran ekonomi dunia dan menjejaskan iklim pelaburan negara.

Jumlah projek pelaburan negeri bagi tempoh Januari – Mac 2016 dan tahun 2015 adalah sebagaimana ditunjukkan dalam jadual: