Kempen Pedastrian is King of the Road diperluas

Admin

GEORGE TOWN – Dalam merancakkan Kempen Pedastrian is King of the Road, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini telah mengenalpasti beberapa kawasan lintasan pejalan kaki di bahagian pulau untuk dipasang lampu isyarat bagi memudahkan pejalan kaki melintas jalan.

Pengerusi Gantian Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Insfrastruktur dan Lalulintas MBPP, Nur Zarina Zakaria berkata, MBPP kini mengenalpasti beberapa lokasi termasuk di sekitar kawasan warisan George Town bagi tujuan berkaitan.

“Ia (pemasangan lampu isyarat di lintasan pejalan kaki) adalah sebahagian inisiatif MBPP ke arah mewujudkan sebuah ‘Bandar Selamat’ yang mesra pejalan kaki.

“Bukan sahaja meningkatkan keselamatan pejalan kaki, pemasangan lampu isyarat di lintasan pejalan kaki juga adalah untuk
mendidik pengguna jalan raya lain supaya menghormati pejalan kaki.

“Ini penting, terutama dalam merealisasikan visi Kerajaan Negeri ke arah menjadikan Pulau Pinang bukan sahaja sebuah negeri yang pintar, malah bertaraf antarabangsa,” katanya ketika ditemui pada tinjauan pemasangan lampu isyarat di lintasan
pejalan kaki berdekatan Jeti Lee di sini barubaru ini.

Turut sama, beberapa Ahli Majlis MBPP seperti Muhammad Bakhtiar Wan Chik, A. Kumaresan, Chris Lee Chun Kit, Grace
Teoh Koon Gee, Saiful Azwan Abd Malik serta Jurutera Lalulintas & Pengangkutan Awam (1) Jabatan Kejuruteraan MBPP, Zainuddin Mohd. Shariff.

Terdahulu, Nur Zarina memberitahu, MBPP telah memasang lampu isyarat di lintasan pejalan kaki di Lebuh Chulia dan Lebuh
Farquhar.

“Selepas di Jeti Lee ini, MBPP turut bercadang untuk memasang lampu isyarat di Lebuh Light berdekatan bangunan Bank Negara di sini,” ujarnya.