Kempen Tandas Bersih ditingkat

Admin

SEBERANG PERAI – Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran berhubung kepentingan penjagaan tandas awam, sebuah syarikat jenama peralatan elektrik rumah utama Korea, Woongjin Coway (M) Sdn. Bhd. (Coway), telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi menjalankan beberapa seminar di sekolah-sekolah rendah di sini.

Kempen Tandas Bersih yang dilancarkan April lalu menekankan mengenai kepentingan penjagaan tandas awam milik MPSP di 30 buah pasar awam serta 55 buah kompleks makanan di seluruh kawasan ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Task Force Kesihatan Awam, Soon Lip Chee, pihaknya (MPSP) telah membuat perbincangan dan lanjutan itu, syarikat Coway telah bersetuju untuk mengendalikan beberapa seminar ringkas selama setengah jam setiap satu sesi di beberapa sekolah rendah terpilih di sini.

Dalam pada itu, katanya, syarikat Coway juga telah menaja penutup mangkuk tandas di tiga buah sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Mak Mandin, Sekolah Kwang Hwa dan Sekolah Chung Hwa 1 bagi pelaksanaan kempen berkenaan.

“Umumnya, kami (MPSP dan syarikat Coway) dalam usaha untuk menjadikan tandas awam di Seberang Perai sebagai tandas contoh di Malaysia amnya dan di Pulau Pinang khasnya.

Projek asas ini kini pada peringkat pertengahan dan dijangka mula beroperasi sepenuhnya pada Jun atau Julai nanti,” jelasnya.

Menurut beliau, pihak MPSP seringkali mendapat aduan daripada orang awam mengenai tahap kebersihan tandas awamterutama milik pihak berkuasatempatan (PBT) berkenaanbahawa ia kurang memuaskan.

Oleh itu, jelas syarikat Coway telah memilih sekolah-sekolah rendah sebagai langkah pertama untuk mendidikpara pelajar supaya bahawa betapa menjaga tandas awam di peringkat permulaan.

“Buat masa ini, kita sudah mewujudkan satu tandas contoh di Pasar Awam Bagan Ajam. Kontraktor telah dilantik untuk menjaga dan memantau tahap kebersihan tandas awam berkenaan.

“Kami berharap ketiga-tiga pihak iaitu korporat, orang wam dan juga Kerajaan Negeri dapat bekerjasama dalam menjayakan projek asas ini,” seru Lip Chee.