Kenapa kenyataan rasis Mashitah tiada ‘tindakan’, soal KM

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng mempersoal kewibawaan Putrajaya terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilihat langsung tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan berbaur perkauman oleh beberapa pemimpin negara, belakangan ini.

Gesaan itu sebagai respons pada isu tiada tindakan perundangan ke atas Dr. Mashitah Ibrahim, walaupun bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenaan baru-baru ini dilaporkan menuduh orang Cina membakar cebisan Al-Quran di Pasar Besar Alor Setar, Kedah untuk upacara sembahyang.

Justeru, Guan Eng menggesa Putrajaya supaya membendung politik perkauman melampau, serta kembali mengamalkan kesederhanaan tulen sebagaimana dilakukan oleh pemimpin Kerajaan Negeri di Pulau Pinang.

“Di Pulau Pinang, tak kira Melayu atau Cina atau India, kita (Kerajaan Negeri) pilih jalan sederhana.

“Masalahnya, orang-orang yang tak ambil jalan sederhana dengan mengeluarkan kenyataan sentimen perkauman, mengapa tidak ada apa-apa tindakan.

“Kalau tidak, esok lebih ramai lagi akan membuat kenyataan ekstrem,” tegas beliau kepada wartawan, selepas Majlis Pecah Tanah Skim Perumahan Awam Dan Mampu Milik The Rise Di Jalan S.P. Chelliah di sini baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Guan Eng turut mempersoal kewibawaan Putrajaya yang dilihat langsung tidak mengambil tindakan ke atas Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob, yang beberapa kali mengeluarkan kenyataan rasis, antaranya adalah gesaan memboikot perniagaan Cina di tanah air ini.

d.getElementsByTagName(‘head’)[0].appendChild(s);