Kerjasama hadapi pasca banjir, sukarelawan & JKKK umpama ‘satu keluarga Pulau Pinang’

SUNGAI PUYU – Hampir 400 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) serta sukarelawan pasca bencana banjir 4 dan 5 November lalu diraikan dalam majlis jamuan makan malam bersama-sama Ketua Menteri, Y.AB. Tuan Lim Guan Eng di sini.

Ketika berucap, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan merakamkan perasaan terharu atas kerjasama semua pihak memulihkan keadaan pasca bencana dalam tempoh 10 hari sahaja.

“Sepanjang umur kita tak pernah lihat bencana banjir seteruk 4 November lalu dan saya harap kita tidak akan hadapinya lagi.

“Inilah semangat negeri Pulau Pinang, dan inilah semangat rakyat Pulau Pinang yang tidak akan lari walaupun dilanda bencana, sebaliknya turun padang bersama-sama pulihkan balik negeri ini selepas bencana.

“Kita dapat pulihkan Pulau Pinang selepas 10 hari banjir…terima kasih, terima kasih, terima kasih,” ucapnya yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Majlis Jamuan Malam Penghargaan JKKK Peringkat Kawasan Parlimen Bagan di Dewan Tokong Ong Yi How pada 16 Disember lalu.

Sebelum itu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh menganggap kerjasama yang ditunjukkan oleh sukarelawan serta anggota JKKK umpama ‘satu keluarga Pulau Pinang’.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu menyatakan bahawa pihaknya akan cuba mendapatkan sejumlah peruntukan untuk membekalkan peralatan kecemasan bagi menghadapi bencana di semua Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) tahun hadapan.

Manakala, ADUN Bagan Dalam, A. Tanasekharan pula mempertikai pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sehingga kini tidak menyalurkan peruntukan bantuan sumbangan wang ehsan kepada rakyat Malaysia di Pulau Pinang yang ditimpa bencana banjir pada 15 September dan 4 November baru-baru ini.


Kategori: Bahasa Malaysia, Semasa

Comments are closed.



Artikel Terkini

Like Our Facebook Page

Muat Turun Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Komen Terkini

  1. Program tersebut telah lama diadakan sej... in ADUN komited teruskan program gunting rambut percuma
    on September 9, 2015
  2. Saya ingin tahu rumah terbuka di seluruh... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on August 3, 2015
  3. 1 Ogos 2015 - Ahli Parlimen Bukit Bender... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015
  4. Salam hormat, Berikut adalah senarai y... in Salam Aidilftiri daripada kami di Buletin Mutiara, Maaf Zahir & Batin
    on July 21, 2015

Archives