KM terima kunjungan hormat Ketua Polis P. Pinang baharu

KUN JUNGAN HORMAT… Ketua Polis Pulau Pinang baharu dilantik, Datuk Wira Chuah Ghee Lye mengadakan kunjungan rasmi terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Exco Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan, Lim Hock Seng dan Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) turut hadir menyambut delegasi berkenaan.

Ghee Lye merupakan Timbalan Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman sebelum dilantik 6 Januari lalu menggantikan Datuk Abdul Ghafar Rajab yang ditukarkan ke jawatan baru.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik dan Pemangku Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, Supritendan A. A . Anbalagan.} else {