KM terima kunjungan hormat Naigai TEC

KUNJUNGAN HORMAT… Pengarah Eksekutif Naigai TEC Corporation, Hidetoshi Takashina baru-baru ini mengadakan kunjungan rasmi terhadap Ketua Menteri, Y. A. B. Tuan Lim Guan Eng di sini.

Walaupun kali pertama bertemu, perbualan antara dua pihak adalah amat rancak dan mesra.

Guan Eng dalam pada itu mengambil peluang memperkenalkan keunikan makanan tempatan kepada Takashina yang amat meminati bunga orkid.

Lanjutan itu, Guan Eng menjemput beliau untuk mengunjungi Taman Orkid dan Bukit Bendera di sini.

Turut hadir, Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri dan Pengarah Invest-in-Penang Berhad, Datuk Lee Kah Choon. Naigai TEC Corporation merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam urusan perniagaan penjualan, pembelian, import dan eksport peralatan pneumatik, mesinpekerjaan, peralatan elektrik, elektronik dan lain-lain.