KM terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan

Gambar: SHUM JIAN WEI

KUNJUNGAN HORMAT . . . Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Syed Hassan Raza baru-baru ini mengadakan kunjungan rasmi terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di pejabatnya di sini. Exco Hal Ehwal Agama.

Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim turut hadir menyambut delegasi berkenaan.

Walaupun pertemuan tersebut baru pertama kali berlangsung, perbualan di antara kedua pihak amat mesra dan rancak.

Perbincangan tertutup selama hampir 20 minit tersebut antara lainnya membincangkan mengenai prospek ekonomi, pelancongan, perindustrian dan perkongsian peluang antara dua pihak.

Kunjungan hormat tersebut turut disertai dua tetamu lain iaitu Konsul Jeneral Pakistan di Pulau Pinang, Datuk Abdul Rafique Abdul Karim dan Kaunselor Komersial, Wajihullah Kundi.

} else {