Konsert amal kumpul dana bantu ibu bapa tunggal

Gambar : SHUM JIAN-WEI

GEORGE TOWN – Penganjuran Konsert Makan Malam Amal oleh sebuah pertubuhan amal, Adventist Food Bank (AFB) dengan kerjasama Yayasan MyKasih diharap dapat mengumpulkan dana sejumlah RM150,000 bagi memperluaskan perkhidmatan kemasyarakatan pihak berkaitan di sini kelak.

Pengerusi Penganjur, Tan Cheng Chee berkata, dana tersebut bakal digunakan bagi membantu ibu bapa tunggal yang masih mempunyai anak-anak bersekolah dalam mengubah kehidupan masingmasing yang serba kekurangan.

“Ini adalah kali pertama kita (AFB) bekerjasama dengen MyKasih.

“Pada peringkat permulaan, dana yang dikumpul akan disasarkan kepada 100 ibu bapa tunggal terlebih dahulu.

“Mereka yang terpilih akan diperuntukan RM80 sebulan untuk berbelanja mengikut keperluan masing-masing di pasaraya terpilih dalam tempoh setahun,” jelasnya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh.

Sehubungan itu, orang ramai atau organisasi yang berminat mengambil bahagian dalam penganjuran Konsert Makan Malam Amal yang bakal diadakan pada 12 Mac 2015 (Khamis) di Hotel Georgetown City (dikenali sebagai Hotel Berjaya sebelum ini) supaya menghubungi pihak penganjur pada talian, 012 – 470 9501 ( [email protected]), 013 – 456 7890 ([email protected]) atau 012 – 429 1165 ([email protected]).}