Korupsi hanya persepsi: Apa kata Demokrat Muda?

Teks & Gambar : PYDC

SEJAK akhir-akhir ini, negara dikejutkan dengan beberapa siri pendedahan dan tangkapan membabitkan kes berprofil tinggi.

Kes-kes ini, sama ada yang melibatkan penjawat awam kanan di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun negeri adalah amat menggemparkan semua pihak.

Imej wang tunai bernilai ratusan ribu dan jutaan ringgit yang disorokkan di dalam almari rumah membangkitkan rasa marah dan kaget.

Rasuah bukan lagi hanya duit kopi RM50 ketika ditahan polis kerana tidak memakai tali pinggang keselamatan ketika memandu.

Pihak yang berdepan dengan tuduhan-tuduhan rasuah ini sering pula mengatakan bahawa rasuah yang berlaku ini hanyalah kes-kes terpencil – bukannya kelaziman.

Sebaliknya, pertuduhan-pertuduhan yang membabitkan kes-kes besar ini sebenarnya menunjukkan komitmen kerajaan dalam menangani rasuah.

Dikatakan juga, rasuah yang dikaitkan dengan parti politik pemerintah merupakan persepsi yang sengaja diolah untuk menjatuhkan reputasi kerajaan.

Ada mendakwa bahawa rasuah turut membabitkan penjawat awam dan ahli politik dalam Kerajaan Negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Lalu bagaimana untuk kita memilih sikap dalam kemelut ini? Ada yang mengambil sikap:

“Ini semua propaganda pembangkang untuk memburukkan kerajaan” atau,

“Ini stratergi pemerintah untuk membina persepsi buruk terhadap pembangkang” atau,

“Ah, kerajaan mahupun rasuah juga, semua sama!”

Mana-mana sikap yang kita pilih di atas sama sahaja bahayanya – tidak membawa kita ke mana-mana.

Maka, dalam isu ini, Demokrat Muda – satu siri latihan pendemokrasian untuk anak muda – menawarkan satu perspektif untuk melihat perkara ini dan seterusnya membentuk sikap kita.

Isu sebenar yang harus diperhatikan adalah kesungguhan dalam membawa reformasi institusi (institutional reform).

Korupsi bukan dilawan dengan penguatkuasaan dan tangkapan semata-mata.

Malah, berkait dengan penguatkuasaan.

Persoalan yang lebih penting dalam melawan korupsi adalah pencegahan.

Ya, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Rasuah dan salah guna kuasa berpunca daripada sistem yang gagal.

Kita harus mempersoalkan sistem ini.

Hal ini sangat penting, kerana rasuah bukan sekadar nilai individu semata-mata.

Tanpa perspektif struktural sebegini, kita akan diselewengkan daripada beberapa persoalan utama yang harus ditanyakan: Apakah kelemahan dalam sistem kerajaan yang membolehkan berlakunya rasuah ini dan adakah sistem yang sama juga digunapakai di jabatan, agensi, kementerian lain?

Jika sistemnya sama, adakah hanya di negeri tertentu sahaja? Adakah siasatan yang sama telah dijalankan dalam organisasi kerajaan
lain yang mengguna pakai sistem yang sama? Apakah jaminan sistem yang membolehkan amalan rasuah ini berlaku tidak membawa kesan yang sama pada organisasi lain?

Kita harus melawan sistem yang korup.

Korup ini bukan masalah individu, sebaliknya sistemik dan struktural.

Dalam sistem yang memiliki kuasa semak dan imbang yang berkesan (dalam hal kebertanggungjawaban dan ketelusan), seseorang yang memiliki niat jahat untuk berlaku korup sekalipun tidak akan mampu melakukannya kerana sistem tersebut tidak akan membenarkannya.

Inilah yang telah dilaksanakan oleh Pulau Pinang sejak ditadbir oleh kerajaan Pakatan.

Pulau Pinang telah mengambil langkah pencegahan dengan menjadi negeri pertama yang mewajibkan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan, Ketua Menteri dan Exco mengisyiharkan harta.

Langkah progresif ini hanya dilaksanakan oleh Pulau Pinang dan Selangor.

Pulau Pinang juga telah meluluskan Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16] yang telah diwartakan pada 2 Februari 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015.

Langkah reformasi institusi ini sangat mustahak bagi memastikan pemantauan bukan sahaja dibuat oleh badan kerajaan yang lain, tetapi juga oleh orang ramai.

Hanya kerajaan yang telus dan bertanggungjawab berani untuk membiarkan rakyat dan media untuk memantau mereka, bukan bersembunyi disebalik kata-kata dan sentimen.

Konsep inilah antara yang dikupas dalam bengkel Demokrat Muda anjuran PYDC melalui simulasi dan permainan interaktif dalam kumpulan.

Para peserta akan didedahkan dan pelbagai konsep lain juga. Maka, kepada mereka yang berminat sertailah Demokrat Muda dengan menghubungi Sekretariat di talian +6012-4010 186 atau email kepada sidangmuda@gmail.com. Jumpa anda di bengkel seterusnya!


Cateogry: Rencana

Comments are closed.



Latest Articles

Like Our Facebook Page

Download Buletin Mutiara

Twitter

Buletin Mutiara Videos

Recent Comments

  1. Link telah dibaiki. Sila cuba lagi sekal... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013
  2. Buletin Mutiara 16-30 Mei 2013 Edisi Bah... in Octopus bridge is going down
    on June 8, 2013

Archives